Followers

Tuesday, December 28, 2010

Gambaran Hari Kiamat

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Sunday, December 19, 2010

::kisah seorang hamba::


Adalah seorang hamba Allah nie,dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tetiba dia terdengar satu bunyi... bunyi... aauuuuuuuuummmmm!!!!!!! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi si hamba Allah nie pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni sebab dia lapar sangat. Harimau tu kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.


Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah nie pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan ditengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yang lapar itu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak selamatkan diri,sambil berdoa pada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok pikir cam ner nak selamatkan diri tetiba terdengar kocakan air berbunyi di bawah perigi.
Aaaaaa!!! Ya Allah... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu apa ader kat bawah tu?

Friday, December 3, 2010

Dosa 24jam di FaceBook



Muhasabah kita bersama~~

~Keinsafan Diri~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...