Followers

Thursday, April 16, 2009

Mengintai Cinta Dari Kamar Al-Khalifah

Sedutan dr sebuah novel yang bakal diterbitkan pada pertengaha tahun 2009.Cerita ini ini adalah satu promosi utk pembaca dan semoga mendapat manfaat dan inspirasi yang baik.Insyaallah.

"Jika begitu, bagaimana aku mampu mencari jodohku? Jika aku langsung tidak berkenalan dan berkawan dengan salah seorang wanita...aku tidak akan mengenali hati budinya sebelum berkahwin? Salahkah aku berkenalan terlebih dahulu untuk melihat akhlaknya?" Imran menghujankan soalan yang berbagai. Mustofa diam dalam tafakkur, Abror memandang wajah kedua orang uang sedang berbual dihadapannya.

"Hati budi manusia adalah terlalu sukar untuk disukat. Sekalipun kamu berkenalan dengan seseorang gadis, kamu tetap tidak akan mengenali kekasihmu sepenuhnya. Itu adalah hakikat. Tambahan pula manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah-ubah hatinya. Oleh yang demikian, usah sia-siakan waktu kamu dengan cuba memahami seseorang yang bukan muhrim," Mustofa menatap wajah Imran dengan renungan yang dalam.

"Imran...aku setuju dengan kalam Mustofa" Abror menambah. Abror cuba menyambung lagi.

"Imran...kita tidak perlu mengejar cinta manusia. Sebaliknya Islam menekankan agar setiap individu mempertingkatkan kualiti akhlak dan amal ibadat. Apabila akhlak terbentuk, manusia akan pandai berkasih sayang. Apabila ibadat berkualiti, manusia akan mengecapi ketenangan. Akhlak dan ibadat ini jugalah....akan menghadirkan cinta hakiki dalam hidup seseorang. Lagipun...Islam lebih mementingkan kesucian hubungan lelaki dan wanita sebelum berkahwin. Agar anak yang bakal dilahirkan itu akan menjadi insan yang soleh dan bertaqwa."

"Aduh! Perlu fikir soal anak juga? Bagaimana tu? Aku makin susah untuk memahami persoalan cinta," Imran garu kepala.

"Ya...ibu kepada bakal anak perlu dipilih dengan berhati-hati. Bukan tangkap, muat. Kerana itu lelaki perlu belajar ilmu yang sahih. Dengan ilmu itu dia akan pandai menilai berlian dari yang kaca. Hanya jauhari yang akan mengenal manikan. Hanya yang alim akan mengetahui ciri-ciri isteri solehah. Jika seseorang lelaki jahil agama, bagaimana dia akan tahu gadis yang bakal dipilihnya itu baik? Andai lelaki itu tidak pernah tau apakah kewajipan agama, bagaimana dia akan sedar gadis yang ingin di pilih itumenjaga agama atau tidak. Apatah lagi setelah kahwin, dia perlu membimbing isterinya agar menjadi lebih baik. Mampukan lelaki itu menjadi khalifah jika dia sendiri jahil?"

Imran angguk perlahan. Tanda dia mula memahami maksud kalam Abror. Mustofa senyum. Tanda dia setuju dengan pendapat Abror.

"Begini, kamu pernah dengar kisah Umar Al-Khattab mencari pasangan untuk anaknya Ashim?" tanya Mustofa , dia pula menyambung bicara.

~Keinsafan Diri~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...