Followers

Sunday, December 19, 2010

::kisah seorang hamba::


Adalah seorang hamba Allah nie,dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tetiba dia terdengar satu bunyi... bunyi... aauuuuuuuuummmmm!!!!!!! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi si hamba Allah nie pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni sebab dia lapar sangat. Harimau tu kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.


Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah nie pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan ditengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yang lapar itu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak selamatkan diri,sambil berdoa pada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok pikir cam ner nak selamatkan diri tetiba terdengar kocakan air berbunyi di bawah perigi.
Aaaaaa!!! Ya Allah... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu apa ader kat bawah tu?



Ada dua ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib, dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut Si hamba Allah ni. Atas ada harimau, bawah ada buaya. Semakin takut dan risau. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar,tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut taliy ang hamba Allah tue bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.


Cis, kurang ajar punya tikus. Alaahhhh...camner ni? Pas tu kuar lagi sekor tikus warna hitam. Naik mengikut tali tadi,cit! cit! cit! sampai kat atas. Tikus hitam tue pun gigit tali tu. Cis,lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya. Berfikir lagi. Kalau naik ke atas kena makan dek harimau. Kalau tunggu, tali putus dan jatuh ke bawah kena makan dek buaya. Macam mana nihhh... Sedang hamba Allah tu berfikir camner utk selamatkan dirinya, tetiba... terdengar satu bunyi …uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang bawa madu.


Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata."Fuh manisnya madu ni, tak pernah ku rasa semanis ni. Sedapnya. Subhanallah, sungguh sedap." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu, Si hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yang mengejar itu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so,sentiasa la beringat-ingat. Dua ekor buaya tue adalah gambaran malaikat Mungkar dan Nakir yang menanti kita di dalam kubur nanti. Tali tempat hamba Allah tue bergayut tadi adalah jangka hayat kita, kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita, dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu... Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu terjatuh ke dalam mulut, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah, bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah, barulah nak ingat pada Allah. Astaghfirullah.....
apa yang perlu kita buat sekarang ialah........
"Haasibu anfusakum qobla an tuhasibu".....
"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab"

2 comments:

  1. assalamualaikum...sungguh bnyak makna tersirat yg terdapat dalam citer di atas...semoga kita sama2 mengambil pengajraan daripadanya...

    ReplyDelete

~Keinsafan Diri~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...