Followers

Thursday, January 14, 2010

KELEBIHAN MENDIRIKAN SOLAT



1. Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda, “Solat lima waktu yang didirikan antara Jumaat minggu ini dan Jumaat akan dating adalah penghapus segala dosa. Ia berlaku selama tidak dilakukan dosa-dosa besar.
Hadis Riwayat Muslim

2. Rasulullah SAW bersabda,”Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka kafir dengan terang-terangan.”
Hadis Riwayat Muslim

3. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan,”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, bayangkan dihadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu semua ada sebatang sungai. Kemudian dia mandi di sungai itu lima kali sehari. Adakah kotoran masih terlekat pada badannya? Para sahabat menjawab,”Tidak ada lagi kotoran yang terlekat pada badannya.” Baginda bersabda lagi,”Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Apabila ia dilakukan dengan sempurna, Allah akan menghapuskan segala kesalahannya.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

4. Usman bin Affan r.a. meriwayatkan,”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Muslim yang hendak mendirikan solat lima waktu apabila tiba waktunya, lalu dia berwuduk dengan sempurna. Kemudian dia solat dengan khusyuk serta sempurna rukuknya. Solatnya itu menghapuskan segala dosa yang pernah dilakukan oleh orang itu sebelum dia mendirikan solat. Kelebihan ini diberikan kepadanya dengan syarat dia tidak melakukan dosa besar sebelum mendirikan solat. Kelebihan ini diberikan kepadanya sepanjang masa.”
Hadis Riwayat Muslim

5. Ummu Habibah atau nama sebenarnya Ramlah binti Abu Sufyan meriwayatkan,”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,”Muslim yang mengerjakan solat sunat sebanyak 12 rakaat sehari, dibinakan kepadanya rumah didalam syurga.”
Hadis Muslim

6. Abu Hurairah meriwayatkan,”Rasulullah SAW bersabda,”Seorang munafik merasakan solat Isyak dan Subuh adalah solat yang paling berat untuk dilaksanakan. Namun, apabila mereka tahu betapa basarnya pahala apabila melakukan kedua-dua, pasti mereka menunaikan secara berkumpulan walaupun dalam keadaan yang terlalu sukar.”
Hadis Bukhari dan Muslim

• Sila sebarkan risalah ini atau tampalkan di tempat-tempat awam
Lafaz ayat suci Al-Quran dan Al-Hadis tidak disertakan demi menjaga kesuciannya .

Beberapa Kekeliruan Wanita Islam

• Menemui tukang sihir, dukun dan bomoh
Sesetengah wanita menemui tukang sihir, dukun dan bomoh bertujuan untuk meminta mereka agar mengajar sesuatu perbuatan yang dapat membuatkan orang lain cinta dan saying kepadanya. Wahai saudariku, ketahuilah bahawa semua perbuatan ini diHARAMkan. Percaya atau membenarkan kata-kata mereka adalah satu bentuk keKUFURan. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menemui dukun dan mempercayai kata-katanya, maka dia telah KUFUR terhadap apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw” (HR Ahlus Sunan)

Rasulullah saw bersabda tentang orang yang menemui dukun sekadar bertanya, meskipun tidak membenarkan kata-katanya: “Barangsiapa yang menemui dukun, kemudian dia bertanya sesuatu, maka solatnya tidak diterima selama empat puluh hari.” (HR Muslim)

• Kaum muslimah tidak mengambil berat tentang wuduk, mandi wajib dan tidak mengetahui hukum syariat.

Perbuatan ini sangat berbahaya kerana bersuci, berwuduk dan mandi wajib merupakan syarat diterima dan sahnya solat bagi orang yang berhadas (tidak suci). Oleh itu, setiap wanita hendaklah mempelajari hukum syarak, khususnya masalah bersuci, samaada hadas kecil atau besar seperti junub dan haid. Hal ini supaya solatnya sah dan dapat beribadah kepada Allah SWT berdasarkan ilmu dan pemahaman yang benar.

• Melaksanakan solat fardhu di akhir waktu (diluar waktu solat)

Segelintir kaum muslimah sering menangguhkan solat seperti mengakhirkan solat Isyak dengan alasan sedang memakai make-up dan bedak ketika berada di luar rumah. Seterusnya dia pulang lambat ke rumah dan tidur larut malam sehingga menunaikan solat Subuh setelah matahari terbit. Ketahuilah wahai saudariku, perbuatan tersebut merupakan sifat orang munafik. Dari sudut lain, Allah memberikan syurga sebagai ganjaran pahala bagi orang-orang yang menjaga solatnya. Rasulullah saw bersabda:
“Apabila seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya, “Masuklah kamu ke dalam syurga yang inginkan.” (HR Ibnu Hibban)

• Menggantung gambar-gambar bernyawa, samaada patung, poster di dinding atau meletakkan di atas rak di dalam almari.

Saudariku, perbuatan ini adalah satu kemungkaran yang sangat besar. Ia dilakukan oleh kebanyakan manusia. Rasulullah saw bersabda: “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang mempunyai gambar anjing atau gambar yang bernyawa” (Muttafaqun’alaihi)




• Segelintir wanita memakai wangian sehingga dihidu oleh lelaki yang bukan muhrimnya ketika keluar rumah.

Perbuatan ini merupakan kemungkaran yang besar dan tidak dipedulikan oleh kaum wanita. Wahai saudariku muslimah, semoga Allah memberkatimu. Adakah kamu mengetahui bahawa seorang wanita dilarang memakai wangian ketika keluar rumah untuk melaksanakan solat di masjid? Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa sahaja wanita yang memakai wangian, kemudian dia keluar rumah menuju ke masjid, maka solatnya tidak diterima sehingga dia mandi (untuk menghilangkan bauannya).” (HR Ibnu Majjah)

• Mendayu-dayu dan berlemah lembut ketika bercakap dengan lelaki yang bukan muhrimnya.

Ini adalah perbuatan yang diHARAMkan. Perbuatan ini berlaku ketika bercakap melalui telefon sehingga kebanyakan wanita yang terperangkap menjadi mangsa dan mudah diterkam oleh manusia berhati binatang yang sakit hati. Allah swt telah menjelaskan kepada isteri-isteri Nabi Muhammad saw dalam firmanNya yang bermaksud: “Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)” (Al-Ahzab:32)

Larangan Allah swt dalam ayat diatas ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah saw. Jadi bagaimana pula dengan wanita lain yang lebih rendah darjatnya dalam ketaqwaan kedudukan? Setiap muslimah hendaklah mengetahui bahawa perbuatan itu bertentangan dan boleh menyebabkan seseorang itu berzina. Perbuatan ini menjerumuskan individu itu ke lembah kehinaan.

• Semoga Allah swt memberi hidayah kepada segelintir wanita yang mewarnakan rambut dengan pelbagai warna setelah beruban atau sebaliknya dan tidak menggunakan inai.

Rasulullah bersabda: “Pada akhir zaman, terdapat suatu kaum yang mengubah rambut-rambut yang uban dengan warna hitam seperti tembolok burung merpati. Mereka ini tidak mencium bau syurga.” (HR Abu Dawud)

Tuesday, January 5, 2010

Sajak Wanita Solehah



Disebalik hijabmu terselindung wajah

yang penuh dengan Nur.

Hati yang sentiasa mengingati mati.

Yang mencintai Allah dan rasul dan

yang taat kepada kedua ibu bapa mu.

Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia

memandang dengan penuh kehinaan,

tetapi ketahuilah…

sesungguhnya Allah melihatmu penuh

dengan kebanggaan. kalimah Allah..

Gadis Ku..

Saban ketika, gerak gerimu

Ku perhatikan.

Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda,

Maruahmu yang kau jaga dari sebarang nida

Dan yang paling melembutkan hati….

Tutur bicaramu melambangkan sifat

keibuan sejati.

Bila bertembung dengan jejaka yang

bukan muhrimmu,

Kau tunduk memandang bumi…

Mengingatkan ku tentang firman Allah swt:

"Wahai wanita–wanita yang beriman

tundukkanlah pandanganmu apabila

terpandang lelaki ajnabi

supaya tidak berlaku zina hati dan

boleh membawa kepada zina besar .

Sesungguhnya Allah Maha

Pengasih lagi Maha Penyayang ,"

Juga meningatkan aku kepada Amirul

Mukminin di zaman Rasulullah saw.

Siti Aisyah isteri tercinta dan

Fatimah puteri tersayang.

Gadis solehah…..

Kau ibarat permata berharga yang

sentiasa digilap….

dibalut dan disimpan ditempat yang

selamat.

Kau juga diibaratkan gagak putih yang

dikelilingi gagak hitam.

Siangmu sibuk dengan urusan duniawi

namun tika malam menjelang,

Kau perhambakan diri sepenuhnya kepada

Ilahi, beribadat…

bibirmu berzikir mentilawah Al –

Quran, tahajjud , witir

dan amalan – amalan istiqamahmu.

Jauh disudut hatiku aku bangga

dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu,

Amalanmu, Hijabmu

dan perjuanganmu menegakkan kalimah

Allah.

Gadis solehah….

Sebelum mengakhiri coretanku ...

kutitipkan firman Allah swt buatmu…

" Sesungguhnya perempuan yang solehah

untuk lelaki yang soleh dan yang lelaki

jahat pula untuk perempuan yang jahat."

Kekalkan hijabmu hingga keakhir

hayatmu …

Kau idaman lelaki beriman.

Sebaik-baik wanita adalah wanita

solehah dan wanita solehah itu adalah

perhiasan kepada dunia...

~Keinsafan Diri~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...