Followers

Thursday, January 14, 2010

KELEBIHAN MENDIRIKAN SOLAT



1. Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda, “Solat lima waktu yang didirikan antara Jumaat minggu ini dan Jumaat akan dating adalah penghapus segala dosa. Ia berlaku selama tidak dilakukan dosa-dosa besar.
Hadis Riwayat Muslim

2. Rasulullah SAW bersabda,”Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka kafir dengan terang-terangan.”
Hadis Riwayat Muslim

3. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan,”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, bayangkan dihadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu semua ada sebatang sungai. Kemudian dia mandi di sungai itu lima kali sehari. Adakah kotoran masih terlekat pada badannya? Para sahabat menjawab,”Tidak ada lagi kotoran yang terlekat pada badannya.” Baginda bersabda lagi,”Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Apabila ia dilakukan dengan sempurna, Allah akan menghapuskan segala kesalahannya.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

4. Usman bin Affan r.a. meriwayatkan,”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Muslim yang hendak mendirikan solat lima waktu apabila tiba waktunya, lalu dia berwuduk dengan sempurna. Kemudian dia solat dengan khusyuk serta sempurna rukuknya. Solatnya itu menghapuskan segala dosa yang pernah dilakukan oleh orang itu sebelum dia mendirikan solat. Kelebihan ini diberikan kepadanya dengan syarat dia tidak melakukan dosa besar sebelum mendirikan solat. Kelebihan ini diberikan kepadanya sepanjang masa.”
Hadis Riwayat Muslim

5. Ummu Habibah atau nama sebenarnya Ramlah binti Abu Sufyan meriwayatkan,”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,”Muslim yang mengerjakan solat sunat sebanyak 12 rakaat sehari, dibinakan kepadanya rumah didalam syurga.”
Hadis Muslim

6. Abu Hurairah meriwayatkan,”Rasulullah SAW bersabda,”Seorang munafik merasakan solat Isyak dan Subuh adalah solat yang paling berat untuk dilaksanakan. Namun, apabila mereka tahu betapa basarnya pahala apabila melakukan kedua-dua, pasti mereka menunaikan secara berkumpulan walaupun dalam keadaan yang terlalu sukar.”
Hadis Bukhari dan Muslim

• Sila sebarkan risalah ini atau tampalkan di tempat-tempat awam
Lafaz ayat suci Al-Quran dan Al-Hadis tidak disertakan demi menjaga kesuciannya .

No comments:

Post a Comment

~Keinsafan Diri~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...