Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan   siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia  sendiri  menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa  lagi Maha  Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya  sebagai Tuhan yg  Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐  Selepas 40  tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup  sangkakala  untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas  bumi putih,  berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata  tidak berbukit  atau bulat seperti bumi.
✐  Sekelian manusia hidup melalui  benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"  yang berada di hujung tulang  belakang mereka. Hiduplah manusia umpama  anak pokok yang kembang  membesar dari biji benih.
✐  Semua manusia dan jin  dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.  Mereka tidak rasa malu  kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut  dan bimbang tentang  nasib & masa depan yang akan mereka hadapi  kelak.
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri
Followers
Tuesday, December 28, 2010
Sunday, December 19, 2010
::kisah seorang hamba::

Adalah seorang hamba Allah nie,dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tetiba dia terdengar satu bunyi... bunyi... aauuuuuuuuummmmm!!!!!!! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi si hamba Allah nie pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni sebab dia lapar sangat. Harimau tu kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.

Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah nie pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan ditengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yang lapar itu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak selamatkan diri,sambil berdoa pada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok pikir cam ner nak selamatkan diri tetiba terdengar kocakan air berbunyi di bawah perigi.
Aaaaaa!!! Ya Allah... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu apa ader kat bawah tu?
Friday, December 3, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)