Followers

Wednesday, June 3, 2009

jAlaN yaNg LuRuS


Siratul MustAqIm Yang pErlu diPintA

Ayat keenam dalam surah Al Faatihah - Ihdinas Sirathal Mustaqim (bermaksud "tunjukilah kami jalan yang lurus").Ibnu al Jauzi dalam tafsirnya,Zad al Masir menyebut empat pendapat pada maksud "ihdina".Thabit dan tetapkan kami sebagaimana pendapat ali dan Ubay ertinya:

  • Tunjukkan kami
  • Taufikkan kami
  • Ilhamkan kami
Hidayah dalam al Quran mengandungi beberapa makna:
  • Hidayah umum bagi semua makhluk
  • Hidayah petunjuk dan mengetahui kebaikan
  • Hidayah taufik, ilham dan masuk ke dalam hati
Yang dimaksudkan hidayah disini ialah yang ketiga

Selesai memuji Allah amat sesuai maminta seperti firman Allah dalam hadis qudsi:"Sebahagian untukKu dan sebahagian lagi untuk hambaKu apa yang diminta".

Inilah keadaan yang paling sempurna selepas pujian. Kemudian meminta hajat menjadi lebih mudah ditunaikannya, seperti pendapat Ibnu Kathir. Dinamakan sirah kerana perjalanan mudah tanpa menelusuri kepayahan dan kesibukan.

Lafaz sirah menunjukkan syariat, hukum-hukum, nasihat dan peringatan, segala keterangan agama yang berkaitan dengan akhlak hamba, yang zahir dan batin, dalam kehidupan dunia dan ibadah mereka.

Ibnu Jarir berkata:"Ijmak daripada ahli tafsir semuanya bahawa siratul mustaqim ialah jalan yang terang yang tidak bengkang bengkok".

Para ulama' berselisih pendapat dalam mentafsirkan sirat, iaitu jalan. Namun, secara umumnya kembali kepada satu maksud sahaja, iaitu mengikut Allah dan Rasul.

No comments:

Post a Comment

~Keinsafan Diri~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...