Followers

Monday, March 30, 2009

11 Jenis Manusia didoa Malaikat


1. orang yg tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: sesiapa yg tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.dia tdak akan bangun hingga malaikat berdoa, "Ya Allah, ampunilah hambaMU si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. orang yg sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "tidaklah salah seorang antara kalian yg duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: "Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."
3. orang yg berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat -NYA berselawat keatas (orang) yg berada pada saf depan."
4. orang yg menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah bersabda:"sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yg menyambung saf."
5. kalangan malaikat 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:"jika seorang imam membaca... (ayat terakhir al-fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yg ucapannya itu bertepatan dgn ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yg lalu."
6. orang yg duduk ditempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:" kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat."
7. orang yg melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:"kalangan malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu malaikat (yg menyertai hamba) pda malam hari (yg sudah bertugas malam hari ingga subuh) naik (ke langit) dan malaikat pda siang hari tetap tinggal.
"kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu asar dan malaikat yg ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yg bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allash bertanya kepada mereka:"bagaimana kalian meninggalkan hambaKU?"
mereka menjawab:"kami datang sedangkan mereka melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat."
8. orang yg mendoakan saudara tanpa pengetahuan orang yg di doakan.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:"doa seorang muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuan orang yg didoanya adalah doa yg akn dikabulkan. pada kepalanya ada seorang malaikat yg menjadi wakil baginya, setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dgn sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendpatkan apa yg ia dapatkan.''
9. orang yg menbelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:"tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, satu antra kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yg berinfak...."
10. orang yg sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatnya berselawat kepada orang yg sedang makan sahur."
11. orang yg sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah ss.a.w bersabda maksudnya:"tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yg akan berselawat kepasanya diwaktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh."
itulah antara mereka yg mendapat doa malaikat. semoga kita tersenarai sama ...........

1 comment:

  1. subhanallah..amalan mudah..tapi ssh org2 nak buat..hebt ganjarannya..:D

    ReplyDelete

~Keinsafan Diri~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...