Followers

Saturday, March 20, 2010

CiNtA dAn GiLa...

Terlalu cinta kepada wanita yang bernama Laila, maka menjadi Laila Majnun.

Terlalu cinta kepada jejaka bernama Romeo, Romeo lari dapat kekasih baru. Maka jadi gila sasau, lupa tuhan dan terus minum racun.

Terlalu cinta kepada kekasih hati, maruah serahkan. Kekasih lari, dalam perut berisi- Alamak! Tipah tertipu lagi - fikir punya fikir jadi gila.

Terlalu cinta kepada kekasih yang dah sehati sejiwa, mau menikah tidak dapat restu orang tua, nak nikah lari takut. Maka menung sana, menung sana – tak ingat jodoh ditangan Allah - kemudian jadi gila sasau…orang tegur tak jawab, berkurung dalam bilik, sekejap ketawa sekejap menangis.

Terlalu cinta kepada seseorang perempuan, tapi perempuan tak layan dan tak nak. Maka jadi gila, ungut perempuan tu, upah orang pukul kekasih perempuan tu.

Terlalu cinta kepada suami, tiba-tiba suami main kayu tiga dan kahwin lagi. Maka menjadi tekanan, dan akhirnya menjadi gila.

Terlalu cinta dengan pangkat, tiba-tiba dipecat, akhirnya sedih berpanjangan, lalu dapat tekanan jiwa dan gilalah jugak.

Terlalu cinta kepada kepada harta, maka siang malam yang dikejarnya harta. Nak bagi zakat atau sedekah kedekut. Tiba-tiba Allah tarik segala hartanya, jadi bankrupt.

Maka jadi gila sebab malu pada kawan-kawan dan lepas tu kawan-kawan lari, hutang keliling pinggang, bini kat rumah asyik beleterlah pulak.

Bagi orang yang beriman yang mengunakan akal pikiran yang sewajarnya, cinta kepada alam dan isinya kenalah seboleh-bolehnya. Tetapi jangan melebihi cinta kepada Allah SWT. Orang yang beriman menyintai Allah lebih daripada segalanya. Itulah cinta yang sebenar-cinta yang hakiki, cinta yang satu, tiada tandingnya. Ini dapat mengelakkan daripada menjadi gila kerana cinta, kerana walaupun kita kehilangan apa yang kita cintai kita masih ada cinta lain, iaitu cinta kepada kekasih yang kekal selama-lamanya, ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment

~Keinsafan Diri~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...