Followers

Showing posts with label Cinta Illahi. Show all posts
Showing posts with label Cinta Illahi. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Jika Belum Tiba Masanya




Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, 
Agar aku dapat menjaga diri.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amiin..Ya Rabbi...

Thursday, January 26, 2012

KISAH CINTA SEJATI ALI R.A & FATIMAH AZ-ZAHRA



Jom ikuti kisah ini ^^,..
Dipendamkan di hatinya yang tidak diceritakan pada sesiapa tentang perasaannya. Dia tertarik dengan seseorang gadis yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah gadisnya, Fatimah Az-Zahra, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.Dia mengetahui dirinya tidak mempunyai apa-apa untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha yang kuat dapat merealisasikan cintanya, itulah Saidina Ali Karamallah wajhah, sepupu baginda sendiri....

                   Sehinggalah beliau tersentap dengan perkhabaran bahawa sahabat karib Rasulullah S.A.W yang mulia, Saidina Abu Bakar As-siddiq melamar Fatimah..... “Allah menguji aku rupanya”, begitulah batin Saidina Ali. Beliau merasa diuji oleh Allah kerana merasakan siapalah dirinya jika dibanding dengan Abu Bakar...Kedudukan disisi nabi??? Abu bakar lebih utama, keimanan dan pembelaannya pada Allah dan Rasulnya tidak dapat ditandingi......Lihatlah bagaimana pengorbanan Abu bakar menjadi teman Rasulullah dalam hijrah sedangkan Ali hanya ditugaskan untuk menggantikan nabi di ranjangnya.......Lihatlah dakwah yang dilakukan oleh Abu Bakar......Lihatlah berapa ramai tokoh bangsawan dan saudagar yang masuk islam hasil sentuhan Saidina Abu Bakar seperti Uthman, Abdur Rahman bin Auf, talhah bin zubair yang mungkin tidak dapat dilakukan oleh kanak-kanak yang kurang pergaulan seperti Saidina Ali...Lihatlah berapa ramai budak muslim yang dibebaskan dari perhambaan dan para faqir yang dibela oleh Abu Bakar seperti Bilal, Khabbab, Keluarga Yasir dan Abdullah bin Mas’ud dan siapa yang dibebaskan oleh Ali??Dari segi kewangan, Abu Bakar seorang saudagar dan Ali hanyalah seorang yang miskin dan tidak mempunyai apa-apa... Abu Bakar boleh membahagiakan Fatimah.....”Inilah persaudaraan dan cinta”kata Saidina Ali...”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, Aku mengutamakan kebahagian Fatimah atas cintaku” Namun, sinar masih ada buatnya.... Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi.... Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri.....

Wednesday, January 25, 2012

Umar Abd Aziz- Bayangan Khalifah Ar Rasyidin



Alhamdulillah, ble balik cuti raye cina ni, sempat gak menghabiskan bace buku nie,, memang xrugi bace buku2 novel islamik ni, kita dapat mengambil byk pengajaran dari sirah2 para sahabat dan salafussoleh, yg kehidupan mereka berlandaskan Al-Quran dn Sunnah SAW...subhanallah..

Ana bukan nk cite ape kat sini, bagi sesape yg nk tau lbh lanjut ttg cite buku ni, knelaa beli, rugi tau lau xbeli, best sgt2, ble last2 bace bku ni, ana menangis, sedeh, sayu, subhanallah, alangkah baiknya jika pemimpin sekarang mencontohi akhlak peribadi beliau, sungguh mulia, sifat zuhudnya, yg tidak pandang langsung, walau sebelah mata pada kekayaan dunia, yg beliau fikir, hanyalah keadaan akhirat kelak, beliau lebih rela hidup dalam kemiskinan, drpd menanggung azab neraka..

Sini ana nk kongsi ciket ibrah (pengajaran) yg ana dpt slps bace buku ni....

Diceritakan bahawa, suatu hari beliau pernah teringin sangat nak makan buah anggur, tp nk beli, xde duit, (subhanallah, meskipon beliau seorang khalifah, tp beliau xgunakan kuasa yg beliau ade utk mengambil duit tuk beli buah anggur dr baitulmal), meskipon telah dinasihati oleh isteri beliau, dan beliau menyatakan bahawa," Sesungguhnya menahan nafsuku (dari makan anggur dri duit yg xsah) adalah lebih senang daripada menahan diriku dari azab neraka...."

Subhanallah, kental sungguh imam beliau, beliau sentiasa mengingati akibat yg akan diperolehnya jika dia melakukan sesuatu perkara...

Tapi kite? Bile ade kemahuan, banyak je jalan yg kite lakukan utk mendapatkannya wp dr jalan yg salah... Benarlah sabdaan Baginda SAW, orang yg paling bijak adalah org yg sentiasa mengingati mati, sentiasa menghitung amalannya, sentiasa mengingati ttg balasan yg akan ditimpakan kpdnya pabila melakukan sesuatu kebaikan atau kemungkaran....

Ana mengajak sahabat2 kesayangan ana, yg lom bace ag, lehlaa bace, ptg td, ble hampir2 kpd page last, ana menangis membacenye, sedeh, sayu, ana membayangkan jikalau pemimpin hari ini mengikuti akhlak peribadi beliau, dan terdetik dalam hati ana, ingin utk ana menghadiahkan buku ni kpd pemerintah kite, supaya Allah melembutkan hatinya, mengikuti akhlak peribadi beliau,..

Bayangkan, pada zaman pemerintahan beliau yg hanya 2tahun lbih, orang kaya nk bagi zakat kat orang miskin, tp xde sape2 nk trima duit zakat tuh, sebab mrk rasa mereka xlayak menerimanya, maknanya rakyat-rakyatnya takde yg miskin, sumer kaya, makan cukup, pencuri xde, perempuan boleh je jalan sendirian tanpa memikirkan ttg keselamatannya kerna zaman beliau, keselamatan terjamin, tp bile dibandingkan dgn zaman sekarang, macammana....?? anda sendiri ade jawapannya kan...

Ana xnak cite panjang2, just nk petik satu ayat dr buku tulisan Abdul Latip Talib,
"Syarat menjadi negara makmur itu ada 4 iaitu:
1. pemimpin yang adil
2. kebijaksanaan kaum cendikiawan
3. doa orang alim
4. kekuatan angkatan tentera...

wallahua'lam....

Tuesday, January 24, 2012

Fitnah Wanita Adakah Wanita Jahat




Antara Hadis dan Tafsiran Hadis

“Fitnah wanita.”
Ramai yang mengingatkan kita tentangnya. Rasulullah SAW juga.
“ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatanku berbanding fitnah perempuan terhadap lelaki”. (Riwayat Bukhari)

Tepat sekali peringatan ini kerana wanita sering kali menjadi ‘sesuatu’ yang paling disukai di dunia ini. Berhati-hatilah dengan ‘kesukaan’ itu. Ramai lelaki hebat tidak berdaya kerana wanita. Apatah lagi jika seseorang wanita itu sengaja ingin menggoda, memujuk rayu dan memperdaya sasarannya. Siaplah…

Peringatan ini bagus. Namun, tafsiran terhadap hadis di atas ini mestilah adil. Seadil Allah SWT dan Rasulullah SAW memuliakan martabat wanita. Jangan pula hadis ini dijadikan hujah untuk melemparkan segala kejahatan kepada wanita.
“Ni semua salah mak dia. Masa mengandung dulu…”
“Ni semua salah perempuan, sebab tu ramai lelaki jadi rosak…”
“Perempuan semuanya jahat…”

Masing-Masing Ada Keistimewaan dan Kekurangan
Hakikatnya...


~Sebaik-baik wanita adalah tidak memandang dan tidak dipandang - Saidatina Aisyah RA~


Link <<<

Sunday, January 22, 2012

Mabuk Dalam CintaNYA

Mabuk Dalam CintaNya

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.”
Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.”
Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.”
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.” Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

http://www.pedoman101.com/2012/01/mabuk-dalam-cinta-terhadap-allah.html

Friday, June 11, 2010

KENAPA DENGAN DIRIKU???




Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi? Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku? Begitu hitamkah hati ku ini? Begitu menggunungkah dosa diri ini? Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah? Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…? Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w? kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain? Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam…. Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah.. Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah…… Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...
Ya Allah…… Hinanya diri ku ini ya Allah… Kotornya diri ku ini ya Allah… Jijiknya diri ku ini ya Allah… Berilah hidayah padaku ya Allah… Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat… Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku… Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini… Tidak sanggup ya Allah…. Segala-galanya aku berserah pada Mu… Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah… Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu… Astaghfirullahalazim… Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku…. Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya
Air mata membasahi pipi…. Adakah ini air mata keinsafan??? Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini… Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan…. Aku ingin meminta sesuatu dari Mu.. Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

~Keinsafan Diri~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...