si anak yatim
dia tidak pinta lahir ke dunia
Allah tetap memilihnya
menumpang kasih
jiran berhati mulia
kehidupan diharungi
dalam kepayahan
Allah setia menemani dialah sebaik-baik
tempat pergantungan
lafaz itu
"nak balik U lah!"
lafaz itu
merisaukan anak kecil
yang tandus perhatian
namun
ia terus dilafazkan
hanya kerana menuntut
kepatuhan pada arahan
lafaz yang menghiris itu
hanya memberi ketaatan sementara
namun
tak berupaya menanam
sebuah nilai yang tahan lama
didiklah generasimu
dengan lafaz berunsur akidah
yang akan mengawal
setiap gerak hidupnya
walaupun tika bersendirian
apalah nasibku
seringkali terbit dihati
apa yang dimiliki rasa tidak mencukupi
milik orang lain nampak sempurna
seolah tiada cacat cela
ketahuilah
nasib yang menimpa ketika ini
itulah yang terbaik sebagai penguji
bukan untuk disesali
tetapi untuk memajukan diri
tanpamu
peribadimu keteladanan
nasihatmu keteguhan
senyumanmu kedamaian
kasihmu ketenangan
kini
terpaksa kuharungi hidup ini
tanpamu disis
takkan ku lupa sebuah keikhlasan
yang mengalir
dalam tulus perhatian
rindu si kecil
mendongak si anak kecil
ke awanan yang membiru
bersama hati sarat harapan
pulangkan dia untukku
sinar desa
indah gemerlapan bintang di langit
indah lagi sinar hatimu
menerangi ceruk desa
dengan cahaya berganda
menyimbah terang
di mana-mana
dimuliakan ilmu
ilmu itu cahaya
gelap hidup tanpanya
teraba-raba sendiri
dalam kehinaan diri
biar apa situasimu
muliakan diri dengan ilmu
hijrah pemuda
desa ini terlalu berharga
menemaniku menyusur usia
kau menyaksikan hari-hariku
penuh onak dan liku
kerana aku pemuda
inginku ubah nasib keluarga
maafkanlah diriku
kuterpaksa meninggalkan tanahmu
mencari diri
dari desa terceruk
hutan konkrit kujejak
mengejar cita-cita
berbakti dan berjasa
namun
kulemas dalam keliru
entah apa yang kuburu
kemewahan kugenggam
tapi iman berciciran
pemimpin
usah mengundur ke belakang
tolehlah sesekali mengambil pengajaran
teruskan langkahmu maju ke depan
anak bangsamu perlukan bimbingan
lupakan segala kesamaran
pulanglah pada hakikat
seorang insan bergelar pejuang
dia tidak pinta lahir ke dunia
Allah tetap memilihnya
menumpang kasih
jiran berhati mulia
kehidupan diharungi
dalam kepayahan
Allah setia menemani dialah sebaik-baik
tempat pergantungan
lafaz itu
"nak balik U lah!"
lafaz itu
merisaukan anak kecil
yang tandus perhatian
namun
ia terus dilafazkan
hanya kerana menuntut
kepatuhan pada arahan
lafaz yang menghiris itu
hanya memberi ketaatan sementara
namun
tak berupaya menanam
sebuah nilai yang tahan lama
didiklah generasimu
dengan lafaz berunsur akidah
yang akan mengawal
setiap gerak hidupnya
walaupun tika bersendirian
apalah nasibku
seringkali terbit dihati
apa yang dimiliki rasa tidak mencukupi
milik orang lain nampak sempurna
seolah tiada cacat cela
ketahuilah
nasib yang menimpa ketika ini
itulah yang terbaik sebagai penguji
bukan untuk disesali
tetapi untuk memajukan diri
tanpamu
peribadimu keteladanan
nasihatmu keteguhan
senyumanmu kedamaian
kasihmu ketenangan
kini
terpaksa kuharungi hidup ini
tanpamu disis
takkan ku lupa sebuah keikhlasan
yang mengalir
dalam tulus perhatian
rindu si kecil
mendongak si anak kecil
ke awanan yang membiru
bersama hati sarat harapan
pulangkan dia untukku
sinar desa
indah gemerlapan bintang di langit
indah lagi sinar hatimu
menerangi ceruk desa
dengan cahaya berganda
menyimbah terang
di mana-mana
dimuliakan ilmu
ilmu itu cahaya
gelap hidup tanpanya
teraba-raba sendiri
dalam kehinaan diri
biar apa situasimu
muliakan diri dengan ilmu
hijrah pemuda
desa ini terlalu berharga
menemaniku menyusur usia
kau menyaksikan hari-hariku
penuh onak dan liku
kerana aku pemuda
inginku ubah nasib keluarga
maafkanlah diriku
kuterpaksa meninggalkan tanahmu
mencari diri
dari desa terceruk
hutan konkrit kujejak
mengejar cita-cita
berbakti dan berjasa
namun
kulemas dalam keliru
entah apa yang kuburu
kemewahan kugenggam
tapi iman berciciran
pemimpin
usah mengundur ke belakang
tolehlah sesekali mengambil pengajaran
teruskan langkahmu maju ke depan
anak bangsamu perlukan bimbingan
lupakan segala kesamaran
pulanglah pada hakikat
seorang insan bergelar pejuang
assalamualaikum..
ReplyDeletebila la org ni nak abis bce..
dr thn leps tggh ni!
record baru penangguhn terlama..
huih mntg2 dia dh katamkn..
:D
smga kita dpt manfaat dr novel serba baguih ni~