Followers

Saturday, March 17, 2012

Carilah Isteri utk dibuat Kekasih


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.(Hadith Riwayat Tarmidzi dan Ahmad)

Tidak dinafikan pada umur 20-an dan ke atas, hati seorang wanita itu mudah terusik + tersentuh terutamanya tatkala menunggu sang mujahid yang entah siapa dan bila untuk datang merisik. Mereka bermujahadah menjaga hati agar terhindar daripada mencemarkan iman dan cinta pada Allah dan Rasulullah.

Sekalipun tatkala ini dia mengutamakan komitmen pada keluarga, pelajaran atau kerjaya, pasti ada sesaat, hatinya terdetik memikirkan soal "baitul muslim" namun kadang-kala hati memilih untuk mengelak.

Alangkah indah tatkala membayangkan ciri-ciri pilihan yang kita mahukan ada pada si dia namun bukan senang mencari si dia yang menepati ciri-ciri tersebut. Cukuplah si hawa mengetahui dan meyakini agama adamnya yang jelas latar belakangnya kerana hidup kita di dunia untuk mencari bekalan Akhirat dan wajib bagi kita berpandangan jauh dalam memastikan latar belakang agamanya yang jelas agar Akhirat kita terpelihara membawa ke syurga-Nya. insyaAllah

"andai mahu bercinta, bercintalah sampai ke syurga-Nya"


"Carilah bakal IBU untuk anakmu, BUKAN hanya bakal ISTERI... Carilah bakal AYAH untuk anakmu,BUKAN hanya bakal SUAMI"

kerana bakal ibu yang solehah pastinya sudah melepasi aka lulus keperluan menjadi seorang isteri solehah dan ayah yang soleh pastinya sudah melepasi aka lulus keperluan menjadi seorang suami yang soleh.insyaAllah...

~Keinsafan Diri~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...