Followers

Wednesday, December 30, 2009

Perkara yang Mematikan Hati




1. Kamu kenal Allah,tetapi kamu tidak menunaikan hakNya
2. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajaranNya dan perintahNya
3. kamu kata cintakan kepada rasulullah, tetapi kamu tidak mengiku sunnahnya
4. Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya
5. Kamu gunakan nikmat Allah,tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya
6. Kamu tahu mai akan datang kepadamu tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk menghadapinya.

"Bukankah tiada balasan bagi amalan yang baik, melainkan perkara yang baik (Ar-Rahman,5660 )

Thursday, December 24, 2009

KEAJAIBAN BASMALAH

Syeikh Muhammad As-Sanwani, Grand Syeikh Al-Azhar Mesir yang ke 13, dalam kitabnya yang bernama "Hasyiyah Ala Mukhtashar Ibnu Jamrah" yang berisi penjelasan kitab Mukhtashar Sahih Bukhari, menulis beberapa kitab nyata tentang keajaiban basmalah.

Di antaranya, beliau menuturkan :

"Suatu ketika Abu Hurairah Radhiallahu'anhu salah seorang sahabat nabi terkenal, bertemu dengan syaitan penggoda orang mukmin dan syaitan penggoda orang kafir. Syaitan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi dan memakai baju yang elok. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus, kusut dan telanjang.

Syaitan gemuk itu bertanya kepada syaitan penggoda kaum mukmin yang kurus:"Kenapa keadaanmu menyedihkan, kau kurus kering, kusut dan telanjang."

Syaitan kurus menjawab:

"Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca basmalah menyebut nama Allah. Ketika hendak makan dan minum, ia membaca basmalah menyebut nama Allah, maka aku tetap lapar dan haus. Ketika memakai minyak wangi, ia menyebut nama Allah, maka aku tetap kusut. Dan ketika memakai baju, ia juga menyebut nama Allah sehingga aku tetap telanjang!"

Syaitan gemuk menyahut:

"Kalau begitu aku beruntung. Aku bersama orang kafir yang tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu makan ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh makan bersamanya sampai puas. Ketika minum ia juga tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh ikut minum. Ketika memakai minyak wangi, ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut memakai minyak wanginya. Dan ketika memakai pakaian ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut memakai pakaiannnya."

Begitulah, betapa agung faedah membaca basmalah syaitan tidak boleh ikut makan makanan orang yang membaca "Bismillahirrahmanirrahim!" Bahkan dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda bahawa rumah yang dibacakan basmalah, maka syaitan tidak akan berdiam dan bermalam didalamnya.

Baginda Rasulullah mengajar agar umatnya memulai segala perbuatan baiknya dengan membaca basmalah,menyebut nama Allah. Agar perbuatan itu benar-benar penuh berkah, tidak diganggu syaitan dan mendapatkan redha dari Allah Yang Maha Rahman.

PAHALA TAKUT KEPADA ALLAH

Dalam sebuah hadis Qudsi ada riwayat yang menggembirakan hati mengenai balasan yang diberikan Allah kepada orang yang takut kepadaNya.

Rasulullah bersabda:"Ada seorang lelaki tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali. Lelaki itu berwasiat kepada keluarganya:"Jika aku mati, maka bakarlah aku lalu lumatkanlah aku jadi abu. Kemudian taburkanlah abu itu sebahagian di daratan dan sebahadian lagi di lautan. Demi Allah, jika Allah sampai menghisabku pasti akan mengazabku dengan azab yang tidak pernah ditimpakan pada seorang pun di alam semesta!"

Tatkala lelaki itu meninggal dunia, keluarganya melaksanakan apa yang telah ia wasiatkan pada mereka. Lalu Allah memerintahkan pada daratan untuk mengumpulkan abu yang disebar di daratan itu. Juga memerintahkan lautan untuk mengumpulkan debu yang disebarkan di lautan itu.

Kemudian Allah bertanya pada lelaki itu setelah dihidupkan kembali:

"Kenapa kau lakukan ini?"

Lelaki itu menjawab:

"Kerana aku takut kepadaMu Tuhanku, dan Engkau lebih tahu itu."

Allah lalu mengampuninya."

Kisah dalam hadis qudsi ini begitu menyentuhdan penuh hikmat. Seorang yang selalu berbuat maksiat dan tidak pernah beramal soleh sedikit pun dalam hadis itu masih memiliki rasa takut kepada Allah. Keagungan Allah ada di depan matanya sehingga ia takut akan hisab dan azabNya atas perbuatannya di dunia. Hal ini membuatnya berwasiat bodoh. Setelah mati ia ingin mayatnya dibakar dan abunya disebar di daratan dan lautan dengan harapan tidak akan dihisab Allah. Ia yakin hisab Allah itu ada dan menunggunya setelah kematiannya. Ia ingin menyelamatkan dirinya dengan menyebarkan abu tubunya di daratan dan lautan.

Namun Allah Maha Kuasa untuk tetap menghisabnya. Tak ada yang luput dari hisabNya. Dan pada akhirnya Allah mengampuni lelaki itu berkat rasa takutnya pada keagungan Allah swt.

Hikmah yang diambil adalah bahawa sekecil apapun keimanan dalam dada seseorang akan adanya Allah, akan adanya hisab dan keadilan Allah dapat menurunkan keampunan dan rahmat Allah swt. Bagaimana jika rasa takut pada Allah itu dihadirinya setiap saat dengan disertai amalan soleh? Tentu pahala yang disediakan Allah lebih besar dan agung. Di dalam Al Quran Allah swt telah berfirman dan memberikan khabar gembira:

"Dan adapun orang orang yang takut pada keagungan Tuhannya, dia menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, makan sesungguhnya syurgalah tempat tinggal yang abadi." (An-Naaziat.40-41)

Thursday, December 17, 2009

Warkah Buat Hawa


Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan engkau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui leayuannya, kemanjaannya,serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah tangan yang menggoncang dunia juga menggoncang iman lelaki.

Wednesday, December 16, 2009

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka


Dalam sebuah riwayat menyatakanbahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata,"Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu,"Wahai pakcik saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi,"Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu."Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka".

Berkata orang tua itu,"Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu,"Wahai pakcik,pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis,"Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

~Keinsafan Diri~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...