Followers

Friday, June 26, 2009

tag dari awrapurnama...

assalamualaikum wbt...kepada awrapurnama...ana first time jawab tag anti...lagipon tengokkan tag anti yg ringkas...mungkin ana leh jawab kot...insyaallah...kalu ade silap dan salah...leh tolong tunjuk ajar yaa...tp camne ek???kene copy soklan ker..??lantaklah...ana wat jer...ok..?

Sahlan ginddan2.. Mai check this out..

Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:

1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Labih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah. Hu2.. Calon2 dan pemenangnya:
  • addeen ku islam
  • kak lailatul
  • ayat2 cinta
  • kak harutsam
  • kedypt
  • mahabbahfillah
  • razak ahmad
  • kak redha
  • kak taushiah
  • shanks
Alhamdulillah. Selamat dibereskan. Marilah bersama-sama menuju ke arah mesej yang gambar di atas sampaikan. InshaAllah. Semoga berjaya! Very simple!

Monday, June 22, 2009

anAlisA siapa kita??



Analisa
Album : Gema Perjuangan
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com


Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

Thursday, June 18, 2009

wahai ADAM


Adam,mengertilah... Hawa bukanlah insan yg kuat.. bukan juga insan yg bisa menahan nafsu.. tatkala diri diuji, Hawa sering tewas... tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah... sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik.. agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia... telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya.. Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj.. perfume, make up, perhiasan... telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya.. namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa yg serba kekurangan ini

Adam,mengertilah... Hawa ini berjiwa lembut... sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta... Hawa tau permintaan Adam tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat... namun, Hawa lemah... Hawa takut zina hati

Adam,mengertilah... setiap kali 'sms' diterima.. Hawa keliru... ingin sekali Hawa membiarkan sahaja.. tapi Hawa akur tuntutan sahabat... Hawa tewas... Hawa reply juga... mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah... setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu.. mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam.. memudahkan perjalanan hidup Adam.. jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan

Adam,mengertilah... Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa.. namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta... tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa.. cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa.. jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan.. kerana Hawa milik Allah sepenuhnya... Adam,mengertilah

wAhAi TuhAnKU


Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi? Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku? Begitu hitamkah hati ku ini? Begitu menggunungkah dosa diri ini? Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah? Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?


Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…? Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w? kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain? Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam…. Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah.. Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah…… Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah…… Hinanya diri ku ini ya Allah… Kotornya diri ku ini ya Allah… Jijiknya diri ku ini ya Allah… Berilah hidayah padaku ya Allah… Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat… Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku… Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini… Tidak sanggup ya Allah…. Segala-galanya aku berserah pada Mu… Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah… Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu… Astaghfirullahalazim… Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku…. Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya

Air mata membasahi pipi…. Adakah ini air mata keinsafan??? Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini… Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan…. Aku ingin meminta sesuatu dari Mu.. Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..


Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna.. Aku sangat mengagumi perjuangan beliau… Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub… Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya… Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub? Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini…. Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini... Aku tidak layak memikirkan tentangnya.. Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…? Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka? Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau… Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.


Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…? Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya? Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah… Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini… Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka… Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir, namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi... Ya Allah….. Pimpinlah daku… Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina…. Ampunilah aku ya Allah…. Astaghfirullahalazim… Astaghfirullahalazim… Astaghfirullahalazim…

Wednesday, June 3, 2009

jAlaN yaNg LuRuS


Siratul MustAqIm Yang pErlu diPintA

Ayat keenam dalam surah Al Faatihah - Ihdinas Sirathal Mustaqim (bermaksud "tunjukilah kami jalan yang lurus").Ibnu al Jauzi dalam tafsirnya,Zad al Masir menyebut empat pendapat pada maksud "ihdina".Thabit dan tetapkan kami sebagaimana pendapat ali dan Ubay ertinya:

  • Tunjukkan kami
  • Taufikkan kami
  • Ilhamkan kami
Hidayah dalam al Quran mengandungi beberapa makna:
  • Hidayah umum bagi semua makhluk
  • Hidayah petunjuk dan mengetahui kebaikan
  • Hidayah taufik, ilham dan masuk ke dalam hati
Yang dimaksudkan hidayah disini ialah yang ketiga

Selesai memuji Allah amat sesuai maminta seperti firman Allah dalam hadis qudsi:"Sebahagian untukKu dan sebahagian lagi untuk hambaKu apa yang diminta".

Inilah keadaan yang paling sempurna selepas pujian. Kemudian meminta hajat menjadi lebih mudah ditunaikannya, seperti pendapat Ibnu Kathir. Dinamakan sirah kerana perjalanan mudah tanpa menelusuri kepayahan dan kesibukan.

Lafaz sirah menunjukkan syariat, hukum-hukum, nasihat dan peringatan, segala keterangan agama yang berkaitan dengan akhlak hamba, yang zahir dan batin, dalam kehidupan dunia dan ibadah mereka.

Ibnu Jarir berkata:"Ijmak daripada ahli tafsir semuanya bahawa siratul mustaqim ialah jalan yang terang yang tidak bengkang bengkok".

Para ulama' berselisih pendapat dalam mentafsirkan sirat, iaitu jalan. Namun, secara umumnya kembali kepada satu maksud sahaja, iaitu mengikut Allah dan Rasul.

~Keinsafan Diri~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...