Followers

Thursday, December 25, 2008

OrAng kata..atUk kata...aKu rasa...

orang kata..enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah,
atuk kata..orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput,
aku rasa...betul jugak tuuu...

orang kata...exams tu susah, kene banyak sacrifice, constant study...past years papers..etc...etc..etc..
atuk kata...exams tu senang jer, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut, kalu ajal..entah bila siapa pun tak tau, banyak pula tubperingkat ujiannya, Mungkar dan Nakir, Neraca Mizan, tayangan slide...
aku rasa...betul jugak tuuu...

orang kata...have fun on your birthday, panggil kawan dan saudara mara, berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!
atuk kata...setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat...
aku rasa...betul jugak tu...

orang kata...kerja mesti bersungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..baru hati puas!....
atuk kata...ye ker hati dah puas???dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas??dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim??dah cukup zikir untuk santapan rohani??dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus??
aku rasa...betul jugak tuuu...

orang kata...successful people have a good time management, ada bisness di KL, New York, Tokyo...masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!!
atuk kata...setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari ...tapi...ada masa ker untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam??ada masa ker nak selak Al-Quran sekali seminggu?ada masa ker nak jenguk ibu ayah di kampung??sekali dalam seminggu, atau sebulan atau setahun??
aku rasa...err...betul jugak tuu...

~Keinsafan Diri~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...